Agen judi online - PATTANI 17 Julai- Rusuhan oleh sekumpulan banduan di Penjara Pattani sejak lewat petang semalam telah mengakibatkan tiga banduan terbunuh dan tujuh yang lain termasuk kakitangan penjara cedera.
Ketua Polis Wilayah Pattani, Mejar Jeneral Thanongsak Wangsupa berkata, rusuhan bermula kira-kira pukul 4.30 petang (waktu tempatan) apabila banduan terbabit bertindak membakar dan merosakkan sebahagian bangunan penjara.
"Motif kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati banduan terhadap kawalan dan pemeriksaan ketat bagi membanteras penyeludupan dadah di penjara yang menempatkan 1,800 banduan," katanya.
Katanya, mayat seorang banduan yang terbunuh telah dicampak ke bahagian bangunan penjara yang sedang terbakar dan pihak berkuasa sedang berusaha mengenal pasti identiti mangsa.
Anggota keselamatan tambahan telah dihantar ke penjara dan berjaya mengawal dan menamatkan rusuhan antara 300 hingga 400 banduan kira-kira pukul 2 pagi (waktu tempatan), kata Thanongsak. - BERNAMA
Posting Komentar